BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 28, 2010

kISAh tELur dAN WAng

Sejak lebih sepuluh tahun berumah tangga, Ruby memang mengesyaki suaminya ada menjalin hubungan dengan wanita lain, tetapi dia tidak pernah ada bukti. www.familiazam.com
Suatu hari Ruby membersihkan bilik tidur mereka dan ternampak satu kotak hitam yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Dia membuka kotak itu, di dalamnya mengandungi dua biji telur dan wang tunai berjumlah RM1500.00.
"Apa makna semua ini bang?" tanya Ruby kepada suaminya.
Wajah sisuami pucat dan panik www.familiazam.com
"Biarlah abang berterus-terang, sebenarnya setiap kali abang ada kekasih, abang letak sebiji telur dalam kotak ini. Ia sebagai tanda penyesalan abang," katanya.
Ruby terdiam. Selepas lebih sepuluh tahun, suaminya hanya menyimpan dua biji telur. Hati Ruby tidak begitu kecewa.
"Habis, RM1500.00 ni apa pulak?" Ruby masih belum berpuas hati.
Suaminya sekali lagi panik. www.familiazam.com
"Sebenarnya, bila cukup satu dozen, abang jual telur itu dan duitnya abang simpan dalam kotak ini," katanya

0 comments: